23
Jan
Dapat Pendapatan Sampingan dengan kereta anda!
Tahukah anda bahawa anda boleh mendapat pendapatan sampingan dengan menggunakan kereta anda? Jika tidak, maka anda harus membacanya!

E-Hailing
- ramai pemandu sekarang telah berdaftar dengan syarikat e-hailing untuk mendapat pendapatan
sampingan.
- Syarikat E-Hailing yang anda boleh berdaftar sebagai pemandu adalah seperti Grab, MyCar, Dacsee.
- Setiap E-Hailing mempunyai tetapan harganya tersendiri. Untuk membuat semakan harga atau
pendaftaran, sila layari laman web syarikat-syarikat E-hailing.
Menyewa Kereta
- Harga sewa boleh mengikut jam, hari ataupun bulan. Harga harus mengikut rate terkini untuk potensi
untuk menyewa kereta anda, tinggi.
- Kami sarankan untuk menyediakan surat perjanjian antara pemilik dan penyewa kereta untuk mengelak
dari sebarang kesulitan.
Tampal Iklan pada kereta
- Pernah lihat kenderaan bertampal stiker ketika anda berada di atas jalan-raya? Tahukah anda
sebenarnya dengan menampal stiker tersebut, mereka mendapat pendapatan?
- Syarikat Moola ada menawarkan pemandu kereta duit dengan menampalkan stiker.
- Namun, untuk mendapat pendapatan sampingan ini, anda harus menjadi pemandu e-hailing.
- Sila melayari laman web Moola untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cara anda boleh mendapat
pendapatan sampingan dengan Moola.