10 Apr

Faktor-Faktor kemalangan di Malaysia.

Kemalangan atas jalan-raya mempunyai pelbagai scenario seperti pelangaran antara kenderaan dan kenderaan, kenderaan dan pejalan kaki dan lain-lain. Berdasarkan kajian MIROS, pada tahun 2017, kadar kematian pengguna jalanraya di Malaysia tercatat sebanyak 6,740 dan dijangka meningkat sebanyak 10,716 kematian pada tahun 2020. Kadar ini amat membimbangkan jika tiada tindakan untuk mengurangkan kadar tersebut.
Pelbagai faktor boleh dikategorikan dalam artikel ini. Namun, untuk tidak membosankan para pembaca, kami hanya kategorikan 5 punca utama kemalangan di Malaysia.

TIDAK FOKUS


Kurang berfokus merupakan antara ciri-ciri manusia yang agak sukar untuk dielakkan seperti tengok fon di atas jalanraya, bergaul sakan sambil memandu dan lain-lain. Pada tahun 2016, MIROS mendapati bahawa daripada 80.6% kemalangan adalah berpunca daripada kecuaian manusia. Kadar ini dapat dikurangkan jika kami menitikberatkan keselamatan diri dan penumpang-penumpang lain.

MEMANDU SECARA LAJU


Had kelajuan “expressway” di Malaysia adalah 110km/h manakala “highway” adalah 90km/h. Namun, di Malaysia, ramai pemandu bercita-cita menjadi pemandu F1 dan abaikan peraturan ini. Mengabaikan peraturan yang tidak merumitkan ini menyebabkan Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke Siew Fook menegaskan untuk membuat penambahan AES untuk membantu rakyat dalam mengurangkan kemalangan jalanraya.

TIDAK MENGGUNAKAN SIGNAL


Kami rasa kami tidak perlu hurai lebih mengenai ini. Kami percaya setiap hari anda akan berjumpa pemandu yang tidak menggunakan signal untuk menukar lorong. Fikir positif, mungkin signalnya rosak ataupun terpaksa bergegas ke tempat lain. Jika anda ingin tahu bagaimana untuk menggunakan signal, kami sarankan anda melayari artikel bertajuk Fakta Mengenai Kereta Yang Anda Mungkin Tidak Tahu

MELANGGAR ISYARAT LAMPU

Tujuan Isyarat lampu di atas jalanraya adalah untuk mengawal keadaan trafik dan mengurang kadar kemalangan. Namun, masih mempunyai pemandu yang melanggarkan isyarat lampu ini apabila ia berwarna merah. Oleh itu, kami sarankan untuk memulakan memandu apabila isyarat warna hijau, memperlahankan kenderaan apabila isyarat warna kuning dan berhenti apabila isyarat warna merah.

MEMANDU KENDERAAN YANG TIDAK MAINTAINED

Kenderaan adalah mesin bergerak yang perlu dijaga untuk memastikan tiada kerosakan berlaku ketika memandu. Jika tire botak, tukar. Jika brake pad nipis, tukar, jika absorber lembut, tukarlah kepada Shokz!

Other Stories


06 Mar

Fakta Menarik mengenai Karl Benz, Pencipta Kereta Petrol Pertama di Dunia

Fakta Menarik mengenai Karl Benz, Pencipta Kereta Pertama di Dunia Sebelum ini, kami mengisahkan m...

Read More
19 Feb

Fungsi Shock Absorber untuk kereta anda!

Dalam artikel sebelum ini, Shock Absorber explained, kami menerangkan apakah itu shock absorber kere...

Read More
14 Feb

Apa Nak Tanya Mekanik yang Tak Kenal

Apabila bengkel kereta anda biasa pergi telah ditutup dan kereta anda untuk dipasang secepat mungkin...

Read More