19
Feb
Fungsi Shock Absorber untuk kereta anda!
Dalam artikel sebelum ini, Shock Absorber explained, kami menerangkan apakah itu shock absorber kereta dan apakah tanda-tanda shock absorber yang tak fungsi.
Sebagai peringatan, shock absorber kereta adalah alat yang membantu untuk mengawal impak dan pergerakan kenderaan spring dan suspense anda.
Untuk artikel ini, kami ingin menerangkan apakah fungsi-fungsi shock absorber kereta!

Mengawal pergerakan badan kereta anda
Setiap kali anda memandu kereta anda, badannya akan bergerak sebagai maklum-balas kepada pemanduan dan kondisi jalanraya. Percaya tak jika kami cakap yang anda tidak merasa itu sebab shock absorber anda? Kalau kereta anda tidak dipasang shock absorber ataupun sudah kurang berfungsi, ia akan merisikokan keselamatan anda dan penumpang.

Menstabilkan perjalanan kereta
Fungsi shock absorber kereta juga adalah untuk mengelakkan lebihan badan kenderaan bersandar dalam satu arah. Bergantung kepada cara anda memandu atau kondisi jalanraya, kereta boleh pergi dari lancar dan terkawal ke bergelombang dan tak menentu dan shock absorber membenarkan kereta anda lebih kawalan dan kestabilan.
Menstabilkan tayar kereta
Setiap tayar mempunyai shock absorber yang telah pasang. Selain untuk menstabilkan perjalanan kereta, ia juga menstabilkan daya pada setiap tayar. Shock Absorber mengelakkan kenderaan tayar anda untuk melompat atau melantun dan bersentuhan dengan permukaan sepanjang masa.
Meningkat ketahanan “suspension”
Shock Absorber adalah sebahagian daripada sistem “suspension”. Kebanyakan kenderaan gunakan kombinasi coil springs, struts, mounting, control arm dan lain-lain (banyak harus disenaraikan) untuk mengstabilkan and mengawal pergerakan kereta. Shock absorber menerapkan impak yang kuat dan sistem “suspension” tersebut akan kurang terjejas dari segi ketahanan.