16 Jan

Elakkan Cara Begini Untuk Menjimat Minyak Kereta Anda

Menekan Pedal Kereta Untuk Memanaskan Enjin

- Menekan pedal minyak akan melibatkan penggunaan minyak petrol kereta anda.
- Anda sebenarnya tidak menjimat minyak petrol kereta anda jika anda menekan pedal semata-mata
untuk memanaskan enjin.
- Nasihat kami, selepas start kereta anda, biarkan ia memanas sendiri selama 30 – 60 saat.
Source: Mentalfloss

Memandu Laju

- Lebih laju anda tekan, lebih kurang penjimatan minyak petrol kereta anda.
- Kurangkan memandu kereta melebihi 90km/h untuk mengurangkan penggunaan minyak petrol dan tidak
terkena saman.

Tayar Kereta Kurang Tekanan Angin.

- Tayar yang kurang angin akan membuat kenderaan anda menjadi berat. Semakin berat kereta anda,
semakin naik penggunaan minyak petrol anda.
- Ini tidak termasuk pemandu dan penumpang yang berat.

Tidak Menukar Air Filter Berdasarkan Nasihat Buku Manual

- Apabila air filter enjin anda tersumbat dengan kotoran dan debu, ia akan menyebabkan enjin kereta
anda untuk bekerja lebih keras dan ini menyebab peningkatan penggunaan petrol.

Mengisi Minyak Pada Waktu Petang/Panas

- Mengisi minyak pada waktu petang akan menyebabkan penyejatan pada minyak anda semasa mengisi
petrol kenderaan anda.
- Bermakna kapasiti minyak petrol anda mungkin kurang daripada apa yang anda harapkan.
- Kami sarankan anda mengisi minyak petrol pada waktu pagi ataupun malam.

Menghidup Penghawa Dingin Takah ke-4 Sepanjang Masa

- Kami amat memahami Malaysia bukanlah negara yang sejuk kerana faktor geografi. Oleh itu, kami tidak
sarankan anda untuk mematikan penghawa dingin kereta anda pada waktu petang.
- Untuk maklumat anda, pengunaan penghawa dingin takah ke- 4 akan menambahkan penggunaan minyak
sebanyak 10%.
- Oleh itu, kami sarankan untuk anda membuka air-cond pada suhu yang sederhana  

Other Stories


10 Apr

Faktor-Faktor kemalangan di Malaysia.

Kemalangan atas jalan-raya mempunyai pelbagai scenario seperti pelangaran antara kenderaan dan kende...

Read More
06 Mar

Fakta Menarik mengenai Karl Benz, Pencipta Kereta Petrol Pertama di Dunia

Fakta Menarik mengenai Karl Benz, Pencipta Kereta Pertama di Dunia Sebelum ini, kami mengisahkan m...

Read More
19 Feb

Fungsi Shock Absorber untuk kereta anda!

Dalam artikel sebelum ini, Shock Absorber explained, kami menerangkan apakah itu shock absorber kere...

Read More