PENCIPTA KERETA PERTAMA DI DUNIA
- Satu pihak kata ia adalah Ferdinand Verbiest, manakala satu pihak lagi adalah Karl Benz. Perdebatan
yang tiada jawapannya.
- Ferdinand Verbiest memperkenalkan kenderaan berkuasa stim pada tahun 1672. Namun, ramai katakan
ia tidak sah kerana ia bukan kenderaan berkuasa enjin dan Karl Benz dikatakan pencipta kereta yang sah
kerana mencipta kenderaan berkuasa enjin.

Source: Peel P50
KERETA PALING KECIL DI DUNIA
- Kereta Peel P50 pertama kali dihasilkan oleh Peel Engineering Company pada tahun 1962 hingga 1964.
Ia mempunyai 3 roda dan tiada gear undur.
- Jika anda ingin mengundurkan kenderaan ini, anda perlu menggunakan pemegang dibelakang.
- Kelajuan kenderaan ini adalah dianggar 45km/h.
- Pada tahun 2010, ia disenaraikan dalam Rekod Dunia Guiness sebagai Kereta Terkecil di Dunia
KERETA PALING MURAH MEMASUKI INDUSTRI AUTOMOTIF
-
Tata Motors, Pembuat Kereta di India, memperkenalkan Tata Nano pada tahun 2008 dengan harga
100,000 Rupee (bersamaan anggaran RM6,000).
- Disebabkan permintaan, keselamatan dan kualiti yang rendah, pengeluaran Tata Nano telah
diberhentikan serta merta pada tahun 2018.
JUMLAH KENDERAAN DI MALAYSIA
- Berdasarkan CEIC, sehingga Sept 2018, anggaran Jumlah keseluruhan kenderaan di Malaysia adalah
26.7 Juta Unit dan dijangka akan meningkat kerana kereta-kereta baru yang bakal dilancarkan.

Source:
Hubpages
ISYARAT KERETA
- Isyarat kereta terletak di kiri ataupun kanan steering kereta anda.
- Ia digunakan untuk memaklum pemandu depan dan belakang yang anda bakal membelok atau
mengubah lorong.
- Ia adalah untuk mengurangkan risiko langgar sesama kereta.