Sebelum ini, kami mengisahkan mengenai Fakta Mengenai Kereta Yang Anda Mungkin Tidak Tahu. Kami ada meletakkan nama Karl Benz sebagai pencipta kereta petrol pertama di dunia. Ramai telah meminta kami untuk menuliskan lebih mengenai Karl Benz. Kami telah mendengar permintaan anda!
Karl Benz merupakan bekas pereka enjin Jerman dan Kurutera Kereta. Benz Patent Motorcar beliau pada tahun 1885 dianggap sebagai kereta praktikal pertama di dunia. Namun, beliau menerima patent untuk kereta motor pada tahun 1886.
Ini merupakan fakta mengenai Karl Benz:
Karl Benz mengasaskan Benz & Cie pada tahun 1883.
Inspirasi beliau membawa Karl Benz ke Kedai Pembaikan Basikal dimiliki oleh industrialis Max Kasper Rose dan ejen komersial Friederich Wilhelm
Eßlinger. Selepas mendapat pembiayaan, Karl Benz, Max Kasper Rose dan
Friedrich Wilhelm Eßlinger, menubuhkan Benz & Cie pada 1 October 1883. Dengan kepakaran dan kebijaksanaan beliau, Karl Benz telah membuat Patent Motorcar beliau pada tahun 1885 dan mendapatkan Patent tersebut pada tahun 1886.
Karl Benz pernah membuka bengkel namun secara sukarela meninggalkan syarikat itu
Pada tahun 1871, Karl Benz dan August Ritter, seorang pakar mekanikal telah membuka bengkel di Mannheim. Namun, August Ritter tidak mempunyai pengalaman membuka perniagaan dan syarikat tersebut kekal beroperasi kerana pembiayaan daripada isteri Karl Benz, Bertha Benz. Semasa syarikat tersebut hampir muflis, beliau terpaksa mencari pembiaya untuk membiayai bengkel beliau. Namun, percubaan oleh pembiaya untuk mempengaruhi reka bentuk bengkel membuat Karl Benz untuk secara sukarela meninggalkan syarikat itu kerana beliau hanya mempunyai 5% saham sahaja.

Benz Motorwagen
Kenderaan Motorwagen berkuasa gasoline adalah silinder tunggal dua strok dan dijalan pada 31 Disember 1879. Disebabkan kejayaan kenderaan ini dari segi komersial, Karl Benz memutuskan untuk membuat kenderaan yang lebih canggih. Kesungguhan beliau telah menginspirasi ramai pereka kereta untuk evolusikan industry automobile hingga kini.

Image Source: Autoblog
Modifikasi Benz Motorwagen
Pada 5 August 1888, isteri Karl Benz,
Bertha Benz telah mengambil kenderaan suaminya tanpa pengetahuan beliau dan membawa kenderaan tersebut sejauh 106KM untuk membawa anak-anak mereka melawat nenek mereka. Selepas sampai, Bertha Benz telah maklum kepada Karl Benz melalui telegram dan menasihatkan mengenai penambahan gear, masalah teknikal dan mekanikal kenderaan tersebut.